Sunday, July 6, 2014

Dah dasar org luar..

baru je aku bebel2 pasal pekerje dalam post sebelum ni..
bulan ni aku bagi gaji..
tahla agaknya Allah nak tolong. jadi aku pun terlupa nak masukkan satu set baju masa nak bayar gaji pekerja. kiranya gaji yg satu set tu aku akan bayar keesokan harinya..

nak jadi cerita,
pekerja aku yg sorg yg selalu buat hal ni rupanya dah lari..
subuh2.. kakak ngn adik dia kata tak tau..bgn2 dah takde..
tahla kalau diorang nipu ke pe ke aku tak heran pun sebab budak tu pun mmg pemalas.
so dia ada ke takde ke tak byk la terjejas
budak tu budak laki.
perangai byk berubah bila bini dia balik kemboja la.

sebelum ni kakak dia ada cerita yg adik laki dia tu dah berubah sejak kawin
macam kena bomoh dgn bini dia.
haaa... suspen kan cerita.
bini dia ni muka baik..tapi tuhla mcm tak brapa betul sikit.
kepala angin..bini adik dia ni pulak boleh syok plak dekat abg ipar dia.
jd yg kakak ni bengang la kalo adik ipar tu syok kat laki dia.
siap selamba peluk org tu dari belakang la. mandi pura2 terlupa tutup pintu laa..
sebab nk goda laki kakak nye tu.

so bila gaduh, tu yg kena hantar balik kampung.
jd pekerja aku ni merana la bini dia takde..
kena pulak dibagi darah period ..lagi la pekerje aku ni angau..
cakap sorg2 gelak sorg, cakap dgn pokok buluh sorg2..

bila dia dah lari, bilik dia dah kosong. jadi adik perempuan dia nak pindah la masuk bilik abg dia ni.
kemas punya kemas.. belakang almari jumpa penuh pad penuh dengan darah.. tak berbasuh lg.
ni kes nak puja setan la ni.. bagi laki dia minum darah dia.. tu yg laki dia dah bengong je sejak kawin..mcm kena cucuk hidung ngn bini.. kesian tp nak wat camana kan.. nasib dia la..

oh actually pekerja2 aku ni semua adik beradik.. bertiga. yg lari tu yg no 2..tgh2..atas kakak dia dgn adik perempuan dia still kerja lg ngn aku.

kla nak callow dlu.. lain kali k sambung.. nak siapkan juadah berbuka puasa..

Thursday, June 19, 2014

Teh tarik mmg sedap taapiii

Fav sgt teh tarikkkk dan tehh ais..
Paling sedap klo order masa minum kluar makan malam..
Syokk jee..
Tp haa.. Berdarah mata nak tido..
Tgkla ni td den pi minum teh ais..
Kan dahh..
Mata cekang xngntuk2 ni dah kul 2 pagi..
Adoi.. Ni yg letih ni..

Td bru pas buat pola jubah..
Xsiap semua.. Esokla sambung sikit.
Dpt order tempah jahit jubah nursing.

Ape crita kedai jahit?
Hmmmmmmmmmmmm
Hmmmmmmmmmm
Pening kepala la dgn pekerja.
Pekerja mengelat.tp yg ngelat nya sorg je.
Bgn lambat, byk main hp..
Asik nk relekk je.
Tu hari mengamuk kt kedai..
Dok sabar2 ha.. Mana leh tahan.
Aku bagi sedas kalau nak kerja buat cara nak kerja! Kalau xnak kerja aku bole cari org lain.
Terus blah dari kedai.terover bengang pintu la jadi sasaran kena bang.
Naaasssibb xpecah pintu tu aku bang.
Nanti sendiri yg rugi. Huhu.

Tgkla, pasni klo aku tgk xde perubahan, berubah jap je.. Mybe aku terpaksa berhentikan. Tp hrp2 biarla berubah.
Cuma depa ni org luar, bila kena tegur mula la muka tu jd muka blurrr mcm nak mintak penyepak. Buat2 xdengar.. Buat2 muka termenung... Mmg menyirap gila.. Siap tu kadang rasa nak hempas meja pun ada nk kasi bangun.. Mulut ni mmg dok tahan je nk terlpas cakap.. Tahla, tengokla brapa lama la aku leh sabar..  Tak suka nk gaduh2, senang crita klo xleh sabar, aku xmo cko pjg2 bg gaji suh pi cari kerja lain jela yg lagi senang dr menjahit. Yg ibarat duit tu jatuh dari langit.

Kita dah buat baik, org balas taik..xkan nk biar lama2.. Rumah free, bil api air free, nak pinjam duit pum bagi. Pi kedai pun berhantar. Tv bagi. Dapur semua siap.. Tilam bantal semua bg.. Pun buat hal gak.mmg la tak tau bersyukur. Ni pk nk masukkan peti ais pulak free. 

Bab pinjam duit, oih cek dah bg slalu lemakk pulak. Tiap2 bulan lak nak pinjam. Gaji dah cecah ribu. Pun pinjam duit. Ada duit pi bli ho mahal. Ada duit pi hantar semua duit balik kampung smpai diri sendiri xde duit. Depa pikir senang, xpa bos nleh bg pinjammm..haa mik..bulan ni kena lg setepek dgn aku. Pagi2 lg aki masuk kedai terus bgtau depa aku ni bukan bank nk pinjam duit senang2. Kena panfai,uruskan duit.  Kalau xpandai gaji 10 ribu pun habis.. Nak bli apa ke nak hantar kmpung ke semua kena beringat! Jgn smpai xde duit sendiri nk makan, pastu pinjam bos.

Aku xkan bising kalau diorg ni slalu pinjam duit time nk hujung bulan.. Tp yg buat jd bengang tu..pinjam duit awal bulan. Xsampai pun 2 minggu duit habis..bulan ni aku hajar la diorg. Dah,kena sound tu, xsampai seminggu org lain pulak nk pinjam.. Aku pun pk2 xleh jd ni.. Klo biar ni melampau. Aku xbagi pun. Biarlah padan ngn muka kena ngn aku bulan ni. Gile tul, aku ada 3 org pekerja. Tiga2 tu setiap minggu nk pinjam duit. Sape xfedup. Walaupun hujung bulan bole potong gaji. Aku xsuka mcm tu. Dah buat aku ni mcm bank plak.

Ha xpasal2 dr teh ais..teh tarikkk terus meleret.hahaha.. Bukan senang nk masuk line business. Hati kena cekal. Minat je xcukup. Pikir masak2 klo sape yg bk terjun buat business. Mmg syok tgk org ada business kan. Aku ni byk kali gak rasa nk putus asa. Tp pikir baru lg..aku kena gak cuba cari lubang smpai berjaya.walaupun aku xjumpa lg.. Dok lg usaha mcm mana nk atasi masalah pekerja ni. Dahla kita baru nak naik, still blaja2 lg, market pun x cukup kuat lg.. Xcukup rehat.. Rumah..anak. Suami.. Balik kampung pun jarang sbb xbrani nk tggal kedai lg. Kesian mak abah..

Haish tahla.harap kuatla semangat ni ha.. Bila org dok ckp awatla pi cari susah.. Dah elok2 suami pilot. Bole dok umh je jd surirumah, pi cari susaj buat business. Terpsyco tau. Tp, pk balik, biarla apa org nk ckp.. Aku xleh giveup.. Mana tau nnt suatu hari aku de modal besar lg..so bole bukak butik besar pulak ke.. Mcm zawara, bella ke, butik zaida ke.. Kan kan.. Design baju sendiri pastu jual..syok nya..InsyaAllah boleh... Hihihi...

Okla. Nk surf2 pinteres jap pastu nk tidoo..niteee.. Miss u all blogger!!

Tuesday, April 22, 2014

New Tab ButiklindaShukor


Nak Gak Kan
Promote page BUTIKLINDASHUKOR..


hehehhe... tu yg buat tab baru tu...
katne?? tab tab tab... tab atas kat page ni le..
hehehehe...


rajin2 jenguk ok..

..........Thanks for Reading and I Love you All..........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...